KISAH DALAM LAGU 1: Bicara Pada Bintang


Awak lagi!
Lama tidur kita tiada mimpi.
Hadirnya dengan kisah berbeza kali ini.
Kisah aku, kau tetapi ada dia dan terbaru, dia sekali.

Ingin kita cerita!
Segalanya bagai nyata.
Perasaan, debaran dan rasa.
Lantas membuatkan kita tidak mampu membuka mata.
Tidak mahu berada di alam nyata.

Ingin terus dibuai cerita kita.
Dengan senyum dan ketawa.
Walau campur baur tersemat dalam dada.
Walau mimpi di inderaloka.

Anehnya!
Tidak hanya bernokhtah di situ ceritanya!
Dan awak datang semula!
Dalam mimpi kita.
Cerita kita nampak sama tetapi berbeza.
Bakalkah merungkai 1000 rahsia?

Comments

Popular Posts